Puisi “Kepada Sebuah Keberangkatan”
BERITA JABAR NEWS (BJN) – Kolom SASTRA, Rabu (04/12/2024) – Puisi berjudul “Kepada Sebuah Keberangkatan” ini merupakan hasil karya CT Nurza, seorang penyair yang berasal dari Jerantut, Pahang, Malaysia.
Pada sebuah kesementaraan …
kita telah singgah seperti dagang …
Lalu sekadar bertamu …
Dalam perjalanan panjang …
Dari destinasi ke satu destinasi.
Tatkala langkah semakin pantas…
Kudrat kian berkurang …
Keinginan makin terhalang …
Dan kita berasa bimbang …
Untuk ditimbang amal …
Berat atau kurang …
Ketika detik itu datang.
Kun Faya Kun …
Itulah kalam paling benar…
Tatkala tiba saat dihitung …
Kembalilah kita atas iradat-Nya …
Mengakhiri nafas kehidupan mengadap diri kepada-Nya …
Dengan segala bekal …
Telah kita persiapkan …
Sebelum dunia kita tinggalkan.
***
Judul: Kepada Sebuah Keberangkatan
Penyair: CT Nurza
Editor: JHK
Sekilas tentang Penyair
Nama sebenar Siti Nur binti Zainal. Nama pena CT Nurza. Asal, Jerantut, Pahang, Malaysia. Melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif karena minat dan cintanya yang mendalam terhadap dunia sastra.
CT Nurza aktif berkarya semenjak tahun 1989 sehingga kini. Pencapaian peribadi yang pernah dicapai dan diterima ialah Anugerah Penukil Versatile (2018), Anugerah Utama Sastera (Khas) PBAA ASN 2023, Anugerah “Tinta Emas”, Anugerah “Bakat AKSARA” (2023) dan Anugerah Sastera Negeri Pahang (HSDM) kali ke-2 (2024).
Menyertai lebih 200 buah antologi bersama yang diterbitkan di dalam dan luar negara. Juga telah menghasilkan dua buah buku solo kumpulan sajak perseorangan. Buku solo pertama bertajuk “Bak Bakawali, Mineral, Daun Lebar dan Kokila” telah berjaya memenangi hadiah utama HSDM 2024. Menulis dalam pelbagai genre kreatif.
***